Thursday 4 February 2016

Serius - Airbow : Senapang Menembak Anak Panah Automatik (10 Gambar)


Silent Kill

Menggunakan busur ialah skill yang digalakkan dipelajari oleh Muslim oleh Saidina Umar Al Khattab. Skill memanah Long Bow juga diwajibkan dipelajari oleh kesemua lelaki England sebelum pergi ke gereja. Pada zaman dahulu panah ialah senjata strategik yang digunakan bagi mengucarkacirkan barisan musuh sebelum mereka diserang secara berdepan dengan petang. Kepentingan memanah di zaman moden sudah berkurangan kerana wujudnya pistol dan senapang. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak lagi diperlukan. 

Airbow ialah senapang yang menembak anak panah secara automatik seperti menembak pistol. Panah ditembak keluar menggunakan tekanan udara dan ia akan memecut pada kelajuan 450 kaki sesaat bersamaan lebih dari 400 kilometer sejam. Saiznya lebih kecil dari sebuah busur tradisional dan boleh ditembak sebanyak 8 kali sebelum tangki udara perlu diisi semula. Setiap Airbow dijual pada harga USD 849 (RM 3504) sebuah.









Sumber Crossman

5 comments:

  1. coool! kalau ada satu, boleh buat pergi memburu ataupun bunuh "walker dalam Walking Dead!

    ReplyDelete
  2. kalu beli ni perlu ada lesen khas kerr??
    -deadpool-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dibenarkan dlm Malaysia. Mana2 senjata menyerupai Rifle, senjata api dan mempunyai picu tidak dibenarkan tanpa mempunyai lesen dan tujuan yg sah.

      Delete
    2. boring ==

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails