Thursday 9 October 2014

Serius Klasik - Dardanelles Gun : Meriam Turki Yang Digunakan Selama 340 Tahun (11 Gambar)


Fire For Effect

Dardanelles Gun ialah meriam gergasi yang dibina oleh Munir Ali pada tahun 1464. Meriam gangsa ini mampu menembak peluru batu sebesar 61 sentimeter dan ianya digunakan untuk mempertahankan Istanbul dari serangan musuh. Meriam berkaliber besar ini pada asalnya dicipta untuk menusnahkan kubu. Menurut sejarah pada tahun  1453, meriam seperti Dardanelles digunakan oleh tentera Sultan Mehmet II untuk menakluk Constantinople. Pada waktu itu kubu yang mengelelingi Constatinople tidak pernah berjaya diceroboh oleh musuh selama 1000 tahun. Sultan Mehmet II menggaji Orban, seorang pereka senjata berbangsa Hungary untuk menghasilkan meriam gergasi. Yang menarik mengenai Orban ialah beliau pada asalnya menawarkan kepakaran beliau kepada pihak Byzantine tetapi mereka tidak mampu membayar gaji beliau dan tidak mempunyai teknologi yang cukup untuk menghasilkan meriam yang dicipta Orban. Orban meninggal dunia pada tahun 1453 apabila salah sebuah dari meriam ciptaan beliau meletup ketika serangan dilakukan ke atas Constantinople. Selepas Constantinople ditakluk dan namanya diubah menjadi Istanbul, meriam rekaan Orban terus dihasilkan. 

Pada tahun 1807, Britain menghantar kapal perang untuk menyerang Turki. Meriam Dardanelles ini digunakan bagi membedil armada tentera laut Britain mengakibatkan mereka terpaksa berundur. Senjata dan teknologi berusia lebih 340 tahun masih mampu menghalang musuh dari menyerang. Pada tahun 1866, Dardanelles Gun dihadiahkan oleh Sultan Abulaziz kepada Ratu Victoria dan ianya kini dipamerkan di Fort Nelson Hampshire. 






Sumber Wiki

8 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails