Friday, 21 November 2014

Serius Klasik - Dynasphere : Kenderaan Satu Roada Yang Gagal (11 Gambar)


1Kereta


Dynasphere ialah kenderaan aneh satu roda yang dicipta oleh John Archibald Purves pada tahun 1930. Beliau berasal dari Somerset England. Kenderaan ini dihasilkan beliau dengan visi sebagai "kenderaan pantas masa hadapan".  Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam. Yeah "pantas" betul.Terdapat dua prototaip dihasilkan oleh beliau. Ia diperkasakan oleh enjin petrol 6 kuasa kuda.  Dalam versi awal, arah kenderaan dikawal dengan pemandu membengkokkan badan ke sisi. Hendak ke kanan bengkokkan badan ke kanan dan vice versi. Di dalam versi kedua sistem stereng disertakan tetapi mengawal kenderaan ini masih lagi sukar. Masalah kesukaran mengawal dan sukar untuk dihentikan ialah dua sebab mengapa kini Dynasphere tidak lagi wujud. Yang wujud hanyalah kartun Spiral Zone!



Serius LOL - 15 Alasan Paling Cliche Awek Reject Lelaki


Kah kah!

Seb baik aku dah kahwin!

Thanks @pusparos


Serius Shit - Bas Bergerak Menggunakan Tahi Manusia Di Bristol (6 Gambar)


Serius Tahi!

Tahi biasanya dibuang dan sisa kumbahan di proses semual untuk kegunaan seharian. Di Bristol, Wales lain pula ceritanya kerana tahi manusia dan sisa kumbahan digunakan bagi menjalankan bas. Gas metana yang dihasilkan dari proses pereputan tinja dikumpul dan digunakan sebagai bahan api. Setiap basb erkuasa tahi ini boleh berjalan sejauh 300 kilometer sebelum tangki perlu diisi semula. Selain menggerakkan pengangkutan awam, gas bio-metana ini juga digunakan untuk menjana elektrik penduduk setempat. Ini sememangnya mesra alam. Di New York terdapat projek yang sama. Gas dari najis manusia dan kumbahan digunakan untuk menjana elektrik. Sisa pejal yang tertinggal diproses sekali lagi untuk menjadi baja yang digunakan untuk perladangan. Yes di Amerika Syarikat tahi manusia digunakan sebagai baja semulajadi. When you think about it makes a whollottasense kerana manusia menghasilkan banyak tinja setiap hari. Apa salahnya jika dikitar semula for the good of the earth! Ini mengingatkan kami kepada motosikal berkuasa tahi di Jepun. Jadi mengapa teknologi ini tidak digunakan dengan lebih meluas? Kerana kos untuk menghasilkan bio-metana adalah lebih mahal dari bahan api fossil. 



Serius VS - Siapa Lebih Pengotor : Lelaki Ataupun Wanita?


Fight!

So siapa lebih pengotor? Lelaki vs Wanita. Realiti vs mitos. 



Serius Kreatif - Jika Adiwira Moden Hidup Di Kurun Ke-17 (15 Gambar)


Genius!

Kostum adiwira sekarang semakin awesome. Rekaan kostum watak-watak Avenger nampak bellievable enough to be used IRL. Kostum kegemaran kami ialah Thor. I mean it look so damn cool. Tetapi apakah terjadi jika adiwira popular wujud pada kurun ke-17? Ini ialah kostum adiwira popular jika mereka wujud pada kurun ke-17 oleh Sasha Goldberger. Kostum Wolverine dan Spiderman paling LULZ.



Serius Cool - Mesin Treadmill Gergasi Untuk 10 Pengguna Serentak (6 Gambar)


Giant!

Mesin treadmill digunakan bagi latihan berlari-lari anak ke Musdalifah. Ianya mesin yang membolehkan anda berlari setempat sejauh puluhan kilometer sekiranya mampu. Di Chile sebuah mesin treadmill gergasi dihasilkan oleh Oxford Fitness. Ia sepanjang 6 meter, lebar 3 meter dan tinggi 5 meter. Ia mampu memuatkan 10 orang pengguna serentak pada kelajuan diantara 1 - 16 kilometer sejam.Ianya dihasilkan untuk mempromosikan mesin larian terbaru mereka. Cool. Just don't make run on them!



Serius Cute - Model Mini Millennium Falcon Diperbuat Daripada LEGO (12 Gambar)


Cool Beans

Kami meminati Star Wars dan LEGO. Malang sekali harga model kenderaan Star Wars versi LEGO adalah terlalu mahal. Kami tak mampu. Jadi model kenderaan LEGO versi mini yan dihasilkan oleh Brickinside di bawah bukan sahaja cool dan comel malah ianya juga membolehkan kami memiliki Millennium Falcon yang lebih mampu milik. NICE!



Wednesday, 19 November 2014

Serius Cool - Livraria Cultura : Kedai Buku Yang Menggalakkan Membaca (13 Gambar)


Nice gila

Di Malaysia adalah dilarang membaca buku yang dijiual di kedai buku. Buku yang baru dibalut seperti menyalut kemaluan bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Kedai buku Livraria Cultura di Sao Paolo Brazil menggunakan pendekatan berbeza. Kedai dengan luas lantai 2500 meter persegi ini direka bagi mengajak pelangan duduk membaca dan bersosial di dalam ruang terbuka di tengah-tengah kedai. Terdapat ruang untuk duduk yang selesa di tengah-tengah dan tangga. Terdapat juga kedai kopi supaya pelanggan boleh minum sambil membaca buku yang dibeli. Sebuah idea yang bagus. Di Mid Valley dahulu ada MPH gergasi di tingkat bawah. Di dalamnya ada taman membaca lengkap dengan pancuran air. Kini semua tinggal kenangan. Konsep sama tetapi nyata di Malaysia pelanggan cheapskate baca buku sampai lunyai tetapi tak beli apa-apapun!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails